RSS

Siapa Osama bin Laden??

Assalamualaikum w.b.t

dah lama sangat tak update blog buruk nih...kali nih tergerak hati nak update sebab terbaca, tertengok, berita kematian OSAMA BIN LADEN karektor pengganas (pengganas kah??)atau pejuang bagi sesetengah pihak (pejuang kah??).

Osama bin Laden, seorang karektor yang amat digeruni oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang lain seperti Britain, Australia, Perancis , Israel dan lain-lain.

Dialhirkan dengan nama Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden, Osama adalah seorang anak dari golongan berada yang terhormat sehingga beliau menjadi pengasas kepada pertubuhan jihad yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia termasuk lah di Malaysia (mengikut desas desus yang tidak tahu kebenaran).

Osama menjadi penaung dan memberi pembiayaan kepada kem-kem ala tentera untuk melatih tentera-tentera militan yang ingin berjihad. dengan sumber kewangan yang tiada kekangan dan dibantu oleh strategi yang teratur Al Qaeda menjadi salah sebuah pertubuhan militan yang sangat digeruni di seluruh dunia.

Kemuncak kisah Osama yang mengejutkan dunia adalah pengeboman dan serangan menggunakan kapal terbang ke atas bangunan World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 (9/11) dimana kerajaan Freemason U.S.A dibawah pimpinan George W. Bush pada ketika itu menuduh Al-Qaeda yang dipimpin Osama sebagai dalang utama.

Muncul pelbagai spekulasi mengenai peristiwa 9/11 termasuklah ada yang mengatakan ia adalah pelan terancang U.S dalam ideologi New World Order yang ditunjangi Freemason bagi melancarkan perang secara terbuka ke atas dunia ISLAM. Pelbagai pertubuhan mengkaji peristiwa 9/11 untuk membuktikan spekulasi-spekulasi yang dibuat.

tidak kira apa pun spekulasi, apa yang penting, peristiwa 9/11 telah berlaku dan membawa implikasi paling besar dalam dunia Islam.

Apaila kita kembali kepada persoalan asal, adakah Osama seorang pejuang Jihad atau Pengganas?? bagi saya sukar untuk mengklasifikasikan siapa Osama atasbeberpaa sebab.

sebab paling utama adalah cara jihad Osama yang menggunakan kekerasan dan keganasan adalah cara paling salah untuk menegakkan agama ISLAM yang suci ini. Serangan 9/11 (sekiranya benar dirancang Al-Qaeda) telah menyemarakkan semangat ISLAMOPHOBIA yang telah menghantui dan menyukarkan kehidupan jutaan umat Islam di seluruh dunia terutama di negara-negara yang diterajui oleh golongan Yahudi da sekutu-sekutu mereka.

Pemeriksaan lebih ketat keatas orang berjanggut di Lapangan Terbang, prejudis terhadap wanita berjubah dan berpurdah, penganiayaan terhadap individu bernama MOHAMAD, penghinaan keatas RASULULLAH S.A.W dan puluhan perbuatan menganiaya penganut Islam lain semakin berleluasa.

Islam dilabel sebagai agama yang disebarkan menggunakan kekerasan dan Kitab Suci kita di label sebagai buku yang menggalakkan umat Islam mengganas. masih banyak lagi jika ingin dicoretkan mengenai penghinaan keatas Umat Islam yang semakin menjadi-jadi selepas peristiwa 9/11.



Siri keganasan yang dilancarkan oleh militan-militan diseluruh dunia telah mengakibatkan ratusan orang awam terbunuh dan ini adalah sangat menyalahi apa yang diajarkan Islam. Dalam perang sekalipun, Islam menegah serangan keatas orang perempuan, kanak2, orang tua, rumah ibadat, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi syarat.
Cukup dulu berkaitan dengan gerakan militan.

dari sudut lain, gerakan militan tidak boleh dilabel sepenuhnya sebagai gerakan pengganas seperti ucapan berapi tun DR. Mahathir di PBB yang menyalahkan duni barat kerana menekan dan menganiaya dunia arab seihngga mengakibatkan orang-oang sperti Osama memberontak dan melakukan keganasan.

implikasi lain peristiwa 9/11 adalah orang bukan Islam semakin ramai menjadi Islam setelah mereka membuat kajian terperinci mengenai agama yang suci dan penuh kedamaian ini. kajian yang dibuat kerana pelbagai andaian yang disiarkan olh kerajaan mereka mengenai Islam. Dikatakan semakin ramai memeluk Isalam selepas peritiwa 9/11. Ini adalah implikasi positif dari ape yang dibuat oleh militan-militan..


sebagai sebuah negara yang moderate, kita tidak pernah menyokong keganasan dan pengganas. Tun Dr. mahathir sangat dikenali sebagai pemimpin dunia Islam dan Malaysia yang paling membenci U.S dan Zionis. Ucapan Dato' Seri Najib semalam juga berharap untuk dunia lebih aman dengan kematian Osama.




namun begitu, saya amat pasti, Al-Qaeda akan bertindak balas dan ramai lagi akan terkorban. masih ramai pengebom berani mati akan terkorban. kisah yang tiada penghujung dan yang teraniaya orang awam tidak kira dari bangsa atau agama apa.

JIKA BENAR OSAMA TELAH MATI, tiada jaminan Al-Qaeda akan terkubur. yang pasti disaat populariti OBAMA semakin merudum, kematian OSAMA pasti melonjakkan populariti presiden kulit hitam itu nanti.


jadi, apa rumusannya??? adakah Osama pengganas atau pejuang JIHAD???

saya pun tidak pasti.yang pasti hanya ALLAH S.W.T boleh menghukumi siapa OSAMA BIN LADEN karektor yang menjadi mimpi ngeri U.S dan sekutunya.


sedikit biodata Osama



Born: 10-Mar-1957 [1]
Birthplace: Jeddah, Saudi Arabia
Died: 1-May-2011 [2]
Location of death: Abbottabad, North-West Frontier Province, Pakistan
Cause of death: War
Remains: Burial at sea

Gender: Male
Religion: Sunni Muslim
Race or Ethnicity: Middle Eastern

## ini hanya pandangan peribadi saya.



 

Kucing Kencing

Assalamualaikum w.bt.

hari ni hari selasa bagi mereka2 yang terlupa ari ni ari ape...ni juz entry pendek untuk megnhilangkan sakit MAta mengadap PHP. apa aku nak cite kat korang yer, maklumlah aku nikan PENGLIPUR LARA yang sangat femes...

ni nak tanya ni, kat umah korang ade keta tak??kalo ade, penah tak makhluk cute bernama KUCING @ CAT @ KITTY @ PUSS tu terkencing dengan sengaja kat tayar or even atas bumbung Inspira korang (kalau yang ade Inspira la)..

Maklumlah kucing nih dia jeles kite naik keta bukan tunggang dia time nak gi jejalan,dia pon nak ikut jugak kite walaupon kite nih bukan tuan dia jauh sekali peminat kucing.

bila dia cruuut cruuut kat keta maka baunya..HANCING TAK INGAT!!

Petua dari EPPIEY

petuanya sangat simple:

Malam2 sebelum tidor, ataupon siang la kalau kucing tuh jenis hard core suke kencing kat keta time tuan ade...

SILE LETAK KASUT KAT ATAS KERETA ANDA!!

tak kisah lah kasut busuk ke wangi ker, putih ker itam ker, sebelah ker sepasang ker, janji kasut...letak jer...InsyaAllah dia tak kencing...

aku dah cuba hasil terbiyah nasihat dari ayahanda tercinta. BERJAYA!!!

tapi tak tau la kot2 petua tuh bulih pakai kat kampung aku je ke. Maybe kucing kampung aku je yang fobia ngan kasut.tapi tak salah mencuba kan...

Haaa..tu nak buat jahat la tuh!!

tu dia action!!


SELAMAT MENCUBA!!!(macam nak jawab exam plak)


ps: nak beli buku A Doctor In The House tapi bila nak kua 2nd edition???


 

Pecah Hatiku Berkecai

Assalamualaikum w.b.t...

lama gila aku tak hapdate belog nih..lagipon takde mende menarik berlaku dalam idop aku sepanjang aku tak hapdate belog nih..

ni pon benanya aku tak tau nak cite ape...hmmmmmmmmm..

ok, ade satu cite, kisah benar nih, kisah org kate aku nih jaga tepi kain orang.

panjang gile cite dia, tapi berbekalkan ilmu buat summary yang aku belajar mase kelas Advance English dulu...aku ringkaskan..

gini citenye:


disatu petang, dikala burung berkicauan dan kucing-kucing mengiau-ngiau....datang satu sms drpd sorang kawan, bertanyakan sesuatu mengenai sorang lagi kawan aku. walaupon aku macam terkezut dengar pertanyaan dia tapi aku macam tanak percaya la kan..lagipon, entahlah,,,macam susah nak pecaya..

jadi, aku pon sms la kawan aku yang sorang lagi untuk mengesahkan cite tuh. aku memang ikhlas nak confirmkan cite jer..tanak la pecaya ape yang orang lain cakap.kawan jenis ape yang pecaye kat khabar angin gitu..

so, aku expect dia akan enjawab dengan berhemah dak berfikiran terbuka..tapi, aku digemparkan dengan kata2 pedas daripada kawan aku tuh, yang aku rengkaskan sebagai seolah2 aku nih sebok jaga tepi kain orang ..blablablabalbalablabala....

terase gak la kan...niat kite baik, nak tau cite sbena..orang salah anggap...jadi aku pon buat keputusan..lain kali, aku nak pecaya kat khabar angin lantaklah cite baik ker cite buruk ker.aku tak kesah...

kadang2 macam nak buang jer semua kawan yang ada..nak idop sorang2 tak payah serabut jaga hati orang.tapi tka boleh..sebab aku dah anggap kawan2 aku macam ADIK BERADIK aku sendiri, tak kesah la, diorang tuh agama ape, sokong parti politik mana sekalipon, bangsa apa, warganegara asing sekalipon.bagi aku ikatan persahabatan tak boleh putus.

hmm.......okeyh tamat..

BERKAWAN BIAR BERJUTA-JUTA




aku sebenarnya tengah jem kepala nak key in data Preventive Maintenance nih..so stop jap menulis blog...browsing kat social network..then aku terjumpe satu cite kelakar nih..walaupon ade unsur2 18sx..tapi bacalah sekadar unutk amik part yang kelakar tuh okeyh...

ni haaaa citenya:

sepasang suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga sedang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 45...( dah kerepot la)......sedang mereka makan dan berbual secara romantik... suaminya terlintas hendak bertanya kepada isterinya tentang kesetiaannya terhadapanya..... suami: sayang,.... boleh abg tahu satu perkara tak... isteri: apa dia abgku sayang..... suami: abg nak sayang jawab secara jujur kepada abg..... sepanjang kita berkahwin selama 45 tahun nie ..... sayang pernah tak curang terhadap abg....... si isteri terkejut dan mendiamkan diri...... dengan perlahan si isteri mula memulakan bicara... isteri: wahai abg kesayanganku..... disebabkan kau hendak jawapan sejujurnya maka aku mengaku bahawa aku pernah curang kepadamu sebanyak tiga kali...... dan itu semua aku lakukan sebab aku terlampau sayang kepadamu...... si suami terkejut dan terkedu tanpa menuturkan sepatah kata..... dan dengan perlahan dia mula berbicara... suami: betulkah kau lakukan semua itu kerana kau sayang padaku..... cuba kau ceritakan dengan siapa dan atas alasan apa kau berkata demikian.. isteri: baiklah.... pernahkah abg ingat satu masa dahulu masa perniagaan abg ada masalah dan abg memerlukan kelulusan pegawai bank yang merupakan sahabat abg sendiri... tetapi dia enggan meluluskan pinjaman abg dan abg balik dengan perasaan kecewa yang teramat sangat.... dan keesokannya dia menalifon abg mengatakan pinjaman abg diluluskan tanpa membertitahu abg sebabnya pinjaman itu lulus...... itulah kecuranganku yang pertama... suami: baiklah sayang aku boleh memaafkanmu walaupun dengan berat hati.... dan dengan berat hati... cuba kau ceritakan kecuranganmu yang kedua... isteri: pada satu masa dahulu abg ingat tak.... dikala perniagaan abg sedang membangun dan abg pernah menyatakan bahawa perniagaan abg akan kukuh sekiranya abg mendapat kelulusan tender tahunan daripada seorang DATO... abg tak hairankah kenapa begitu senang abg mendapat tender tersebut walaupun harga yang abg letakkan dalam tender itu mahal..... dan disitulah kecuranganku yang kedua.... suami: walaupun berat rasa hatiku .... tapi aku boleh lagi memaafkanmu... kerana kau lakukan kerana kasihkan aku...... dan sekarang kau ceritakan kecuranganmu yang terakhir.....aku akan mendengarkannya dengan tabah,,,,.. isteri: abg masih ingatkah dahulu abg pernah masuk bertanding dalam satu pemilihan dan abg berkata sekiranya abg hendak menang... abg perlukan 500 undian.... dan abg agak2 macam mana abg boleh dapat kesemua 500 undian itu..... suami:...............................................(terdiam lalu mampus terus)



 

Mengunyah lagi!

Assalamualaikum kaum kerabat!

hah..ni aku nak tunjuk ape yang aku makan mase aku coding2 PHP ari nih...

even lunch taadi aku da makan nasi + sup tulang berkat dibelanja oleh En Hafiz (Pegawai IT) kat sini.

so kalo berat aku naik lagi, sape salah??

penjual kek la yang salah pasal buat kek sodap2!!!

okeh nak sambung buat PHP sampai pecah kepala!




Kek cekelat ade strawberri!!




 

Meng-hacking tiap-tiap hari!

Assalamualaikum w.b.t manusia2 blogger sekalian!!!

hah! da lama aku nak hapdate belog nih pasal aku ber-LI kat JPN Kelantan!

hari nih baru berpeluan nak menaip..sebab sakit otak meng-Koding PHP!

aku tade idea nak cite...jadi aku letak gambor sikit tentang aku aku kat situ..

maybe lain kali aku taip panjang2 ukeh!!!

hah..tengok lah gambor kalo nak tengok!


makin cute aku skang nih kan??

tengah codinh elok kalo kite mengunyah cekelat!

ni, mek siti baca proposal dia buat kali ke-100

azie macam biasa, konon2 ayu

cah terkezut gambor kene snap!



ukeh la..jumpe lain kali yer..bubye!!!


 

No 4D mengena!! Kayo den!

Assalamualaikum w.b.t

petang2 cenggini aku memang malas nak kua..lagipon baru balik LI..penat tak hilang lagi...

nak hapdate blog pasal LI aku, tapi gamabr lupa nak bluetooth ngan member satu opis..

pastuh, bukak facebook diwaktu petang macam gini, memangla kurang aktif situasinya.

maklumla..ramai pegi jogging..iye ker??lol!

bukak profile page aku, ternampak plak kat friend list tuh..ni ha macam gambar kat bawah nih..




tengok..friends aku da 1111 orang,.bukan nak cakap aku ni femes ke tidak..cuma nak cakap no tuh cantik tuh jer,,


besok2 aku beli keta aku nak letak plat no HANAFIAH 1111 agak2 bulih tak??

ok lah...nak gi mandi, nak gi masjid plak..bye2!